PROMOSI CUTI SEKOLAH MAC 2015

Homestay Satu Malam RM120 termasuk penghawa dingin di bilik utama.

Sunday, June 17, 2012

Homestay Mak Lang


Homestay Mak Lang terletak di Kampung Pulau Pisang, Tunjang, Jitra, Kedah. Lokasinya hanya 5 KM perjalanan dari Bandar Jitra dan 1 KM dari Pekan Tunjang. Lokasi amat strategik berdekatan pusat tumpuan utama dalam linkungan jarak perjalanan 30 minit ke Universiti Utara Malaysia, UITM Arau , Bandaraya Alor Setar, Bukit kayu Hitam, Padang Besar dan Bandar Kangar. Jalanraya yang baik menghubungkan setiap destinasi dengan efisen.

Homestay Mak Lang Jitra terletak dalam jarak 10 minit perjalanan ke institusi-institusi pengajian tinggi utama di Jitra seperti Politeknik Muazam Shah (POLIMAS), Institut Aminudin Baki Jitra, ILP Jitra dan Institut Perguruan Darulaman (IPDA). Juga dalam jangkauan 10 minit ke MRSM Kubang Pasu, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan SMSAH di Jenan.

Ia berkonsepkan Home2Stay iaitu penyewaan sebuah rumah jangka pendek dengan semua faciliti tersedia seperti rumah sendiri. Ia mampu memuatkan penghuni lebih daripada 10 orang di dalam satu-satu masa. Anda akan alami kehidupan di kampung yang sebenar dikelilingi sawah bendang.




Tingkat atas diperbuat daripada kayu dan tingkat bawah daripada batu dan mempunyai 2 bilik dan bilik utama terletak di bawah berkeluasan 16'X10' yang cukup selesa.




Bilik air dilengkapi kemudahan moden yang luas 10'X7' mampu memberi keselesaan kepada setiap pengunjung.

Dikelilingi rimbunan pohon rambutan dan bersebelahan sawah bendang memjanjikan suasana nyaman, dingin dan tenteram jauh dari kebisingan kota. Homestay Mak Lang menjanjikan percutian dan penginapan terbaik untuk seisi keluarga.

Homestay Mak Lang juga mempunyai rantaian dengan lain-lain homestay sekitar dan mampu memenuhi setiap bajet dan selera anda. Kami juga mampu menguruskan penginapan untuk kumpulan yang besar dan pakej anak angkat untuk institusi pengajian tinggi awam. Sila hubungi kami untuk pertanyaan dan sebut harga.

Search engine Optimization
Homestay di Jitra, Homestay di Alor Setar, Homestay di Changlun, Homestay di Tunjang, Homestay Pulau Pisang, Kampung stay di Jitra, Inapan Desa Jitra, UUM, Polimas, MRSM Kubang Pasu, Homestay popular Jitra, Homestay terbaik Jitra, Homestay terbaik Alor Setar, Direktori homestay Jitra, short term stay in Jitra, Homestay di UUM.

Friday, June 1, 2012

Kelahiran Homestay Mak Lang Jitra


Rumah kayu yang berusia lebih daripada 100 tahun adalah binaan asal di tapak yang luas lebih daripada 1 ekar. Timbul rasa keinginan untuk memperbaiki rumah kayu ini yang banyak memori zaman kanak-kanak dahulu. Binaan kayu masih utuh dan kuat tetapi bumbung perlu ditukar kerana banyak yang bocor dan berkarat. Pembaikan dan penbinaan dimulakan pada pertengahan bulan Januari 2012 dan mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan. Ciri-ciri asal dan bentuk bumbung perak masih dikekalkan. Homestay Mak Lang Jitra sedia untuk diduduki pada awal Jun 2012.


Konsep utama Homestay Mak Lang adalah gabungan senibina kayu dan batu dengan kemudahan moden untuk setiap penginap sambil menikmati suasana kampung yang realiti dan nyaman. Sawah padi yang menghijau dan deruan angin dicelah-celah pepohon kayu menggamit setiap pengunjung.