PROMOSI CUTI SEKOLAH MAC 2015

Homestay Satu Malam RM120 termasuk penghawa dingin di bilik utama.

Friday, June 1, 2012

Kelahiran Homestay Mak Lang Jitra


Rumah kayu yang berusia lebih daripada 100 tahun adalah binaan asal di tapak yang luas lebih daripada 1 ekar. Timbul rasa keinginan untuk memperbaiki rumah kayu ini yang banyak memori zaman kanak-kanak dahulu. Binaan kayu masih utuh dan kuat tetapi bumbung perlu ditukar kerana banyak yang bocor dan berkarat. Pembaikan dan penbinaan dimulakan pada pertengahan bulan Januari 2012 dan mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan. Ciri-ciri asal dan bentuk bumbung perak masih dikekalkan. Homestay Mak Lang Jitra sedia untuk diduduki pada awal Jun 2012.


Konsep utama Homestay Mak Lang adalah gabungan senibina kayu dan batu dengan kemudahan moden untuk setiap penginap sambil menikmati suasana kampung yang realiti dan nyaman. Sawah padi yang menghijau dan deruan angin dicelah-celah pepohon kayu menggamit setiap pengunjung.

No comments:

Post a Comment