PROMOSI CUTI SEKOLAH MAC 2015

Homestay Satu Malam RM120 termasuk penghawa dingin di bilik utama.

Monday, October 8, 2012

Pesta Konvo UUM ke 25

Tahniah kepada semua graduan UUM yang telah berjaya mendapat scroll masing-masing. Anda semua adalah bakal-bakal pemimpin untuk mengemudi negara Malaysia untuk dekad seterusnya. Homestay Mak Lang Jitra berbangga menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini kerana menjadi homestay pilihan anda. Homestay Mak Lang akan terus menyokong tunas-tunas penggerak negara yang dilahirkan oleh UUM  untuk tahun-tahun seterusnya.

Monday, September 24, 2012

Alor Setar Night Ride


Homestay Mak Lang Jitra tidak melepaskan peluang untuk sama sama menjayakan acara kayuhan malam mengelilingi Bandaraya Alor Setar yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Kedah dan Danish Event Management.

Tujuan acara ini diadakan adalah untuk mempromosi Alor Setar sebagai salah satu bandaraya yang menarik untuk dikunjungi dan juga untuk menggalakkan aktiviti yang sihat sekeluarga.

Pasangan Pak Atan mewakili Homestay MADA Pulau Pisang

Foto diambil dari Pudin TTG dan Tourism Malaysia

Saturday, September 22, 2012

Homestay Pilihan Untuk Pesta Konvo UUM

Homestay Mak Lang Jitra tetap menjadi pilihan untuk penginapan bagi graduan dan keluarga mereka untuk Pesta Konvo UUM pada 6-10 Oktober 2012 ini. Banyak tempahan bertalu-talu masuk daripada pelbagai pelusuk termasuklah dari Johor Bharu, Selangor, Kelantan dan Terengganu. Untuk tidak menghampakan permintaan pelanggan, Homestay Mak Lang menempatkan mereka di homestay yang berdekatan yang mempunyai jalinan. Homestay Mak Lang menetapkan satu piawai untuk setiap homestay yang ingin menjalinkan hubungan dengan Homestay Mak Lang dari segi kemudahan, kebersihan dan servis. Hanya homestay yang terpilih sahaja yang akan disenaraikan.

Antara faktor Homestay Mak Lang menjadi pilihan adalah kerana lokasinya yang hanya 5 minit ke Bandar Jitra dan 30 minit ke Changlon dan UUM. Jitra adalah bandar yang pesat membangun yang mempunyai pelbagai kemudahan moden dan infrastruktur yang serba lengkap. Setiap pengunjung akan merasai kemesraan orang Jitra seperti berada di tempat sendiri. Kedai makanan dengan pelbagai variasi dibuka sehingga jam 3 pagi. Pelbagai kedai makanan segera berada di Jitra seperti KFC, Pizza Hut, Domino Pizza, Tuti Frutti, Secret Recipe, 7 Eleven dan Nasi Kandar 24 Jam.

Homestay Mak Lang juga cukup unik kerana berada di dalam suasana kampung yang moden tetapi masih mengekalkan tradisi dan adat. Terletak di Kampung Pulau Pisang yang rata-rata penduduknya pesawah padi.

Sunday, June 17, 2012

Homestay Mak Lang


Homestay Mak Lang terletak di Kampung Pulau Pisang, Tunjang, Jitra, Kedah. Lokasinya hanya 5 KM perjalanan dari Bandar Jitra dan 1 KM dari Pekan Tunjang. Lokasi amat strategik berdekatan pusat tumpuan utama dalam linkungan jarak perjalanan 30 minit ke Universiti Utara Malaysia, UITM Arau , Bandaraya Alor Setar, Bukit kayu Hitam, Padang Besar dan Bandar Kangar. Jalanraya yang baik menghubungkan setiap destinasi dengan efisen.

Homestay Mak Lang Jitra terletak dalam jarak 10 minit perjalanan ke institusi-institusi pengajian tinggi utama di Jitra seperti Politeknik Muazam Shah (POLIMAS), Institut Aminudin Baki Jitra, ILP Jitra dan Institut Perguruan Darulaman (IPDA). Juga dalam jangkauan 10 minit ke MRSM Kubang Pasu, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan SMSAH di Jenan.

Ia berkonsepkan Home2Stay iaitu penyewaan sebuah rumah jangka pendek dengan semua faciliti tersedia seperti rumah sendiri. Ia mampu memuatkan penghuni lebih daripada 10 orang di dalam satu-satu masa. Anda akan alami kehidupan di kampung yang sebenar dikelilingi sawah bendang.




Tingkat atas diperbuat daripada kayu dan tingkat bawah daripada batu dan mempunyai 2 bilik dan bilik utama terletak di bawah berkeluasan 16'X10' yang cukup selesa.




Bilik air dilengkapi kemudahan moden yang luas 10'X7' mampu memberi keselesaan kepada setiap pengunjung.

Dikelilingi rimbunan pohon rambutan dan bersebelahan sawah bendang memjanjikan suasana nyaman, dingin dan tenteram jauh dari kebisingan kota. Homestay Mak Lang menjanjikan percutian dan penginapan terbaik untuk seisi keluarga.

Homestay Mak Lang juga mempunyai rantaian dengan lain-lain homestay sekitar dan mampu memenuhi setiap bajet dan selera anda. Kami juga mampu menguruskan penginapan untuk kumpulan yang besar dan pakej anak angkat untuk institusi pengajian tinggi awam. Sila hubungi kami untuk pertanyaan dan sebut harga.

Search engine Optimization
Homestay di Jitra, Homestay di Alor Setar, Homestay di Changlun, Homestay di Tunjang, Homestay Pulau Pisang, Kampung stay di Jitra, Inapan Desa Jitra, UUM, Polimas, MRSM Kubang Pasu, Homestay popular Jitra, Homestay terbaik Jitra, Homestay terbaik Alor Setar, Direktori homestay Jitra, short term stay in Jitra, Homestay di UUM.

Friday, June 1, 2012

Kelahiran Homestay Mak Lang Jitra


Rumah kayu yang berusia lebih daripada 100 tahun adalah binaan asal di tapak yang luas lebih daripada 1 ekar. Timbul rasa keinginan untuk memperbaiki rumah kayu ini yang banyak memori zaman kanak-kanak dahulu. Binaan kayu masih utuh dan kuat tetapi bumbung perlu ditukar kerana banyak yang bocor dan berkarat. Pembaikan dan penbinaan dimulakan pada pertengahan bulan Januari 2012 dan mengambil masa selama 3 bulan untuk disiapkan. Ciri-ciri asal dan bentuk bumbung perak masih dikekalkan. Homestay Mak Lang Jitra sedia untuk diduduki pada awal Jun 2012.


Konsep utama Homestay Mak Lang adalah gabungan senibina kayu dan batu dengan kemudahan moden untuk setiap penginap sambil menikmati suasana kampung yang realiti dan nyaman. Sawah padi yang menghijau dan deruan angin dicelah-celah pepohon kayu menggamit setiap pengunjung.

Thursday, May 31, 2012

Peta Lokasi dan Koordinat

Koordinat lokasi Homestay Mak Lang Jitra

N  06     16.491'
E 100     22.708'

Petra Lakaran (Sila klik untuk pembesaran )



Kedudukan  dari point A (rounabout Hospital Jitra ) ke Homestay Mak Lang point B cuma 5KM.


Peta Lokasi

Peta tunjuk arah berikut bermula dari Lebuhraya Utara-Selatan dimana pemandu bergerak dari arah Selatan ke Utara sebagai contoh dari arah Kuala Lumpur ke Jitra. Pemandu akan mengambil Exit 182 ( Jitra Utara ).

Sila klik peta untuk pembesaran