PROMOSI CUTI SEKOLAH MAC 2015

Homestay Satu Malam RM120 termasuk penghawa dingin di bilik utama.

Monday, September 24, 2012

Alor Setar Night Ride


Homestay Mak Lang Jitra tidak melepaskan peluang untuk sama sama menjayakan acara kayuhan malam mengelilingi Bandaraya Alor Setar yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia Kedah dan Danish Event Management.

Tujuan acara ini diadakan adalah untuk mempromosi Alor Setar sebagai salah satu bandaraya yang menarik untuk dikunjungi dan juga untuk menggalakkan aktiviti yang sihat sekeluarga.

Pasangan Pak Atan mewakili Homestay MADA Pulau Pisang

Foto diambil dari Pudin TTG dan Tourism Malaysia

Saturday, September 22, 2012

Homestay Pilihan Untuk Pesta Konvo UUM

Homestay Mak Lang Jitra tetap menjadi pilihan untuk penginapan bagi graduan dan keluarga mereka untuk Pesta Konvo UUM pada 6-10 Oktober 2012 ini. Banyak tempahan bertalu-talu masuk daripada pelbagai pelusuk termasuklah dari Johor Bharu, Selangor, Kelantan dan Terengganu. Untuk tidak menghampakan permintaan pelanggan, Homestay Mak Lang menempatkan mereka di homestay yang berdekatan yang mempunyai jalinan. Homestay Mak Lang menetapkan satu piawai untuk setiap homestay yang ingin menjalinkan hubungan dengan Homestay Mak Lang dari segi kemudahan, kebersihan dan servis. Hanya homestay yang terpilih sahaja yang akan disenaraikan.

Antara faktor Homestay Mak Lang menjadi pilihan adalah kerana lokasinya yang hanya 5 minit ke Bandar Jitra dan 30 minit ke Changlon dan UUM. Jitra adalah bandar yang pesat membangun yang mempunyai pelbagai kemudahan moden dan infrastruktur yang serba lengkap. Setiap pengunjung akan merasai kemesraan orang Jitra seperti berada di tempat sendiri. Kedai makanan dengan pelbagai variasi dibuka sehingga jam 3 pagi. Pelbagai kedai makanan segera berada di Jitra seperti KFC, Pizza Hut, Domino Pizza, Tuti Frutti, Secret Recipe, 7 Eleven dan Nasi Kandar 24 Jam.

Homestay Mak Lang juga cukup unik kerana berada di dalam suasana kampung yang moden tetapi masih mengekalkan tradisi dan adat. Terletak di Kampung Pulau Pisang yang rata-rata penduduknya pesawah padi.