PROMOSI CUTI SEKOLAH MAC 2015

Homestay Satu Malam RM120 termasuk penghawa dingin di bilik utama.

Wednesday, January 21, 2015

Homestay Mak Lang Jitra Menyusun Langkah 2015

Tahun 2014 adalah tahun yang cukup mencabar bagi Homestay Mak Lang untuk terus menerus bersaing di dalam industri hospitaliti ini. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan telah berjaya mengharunginya dengan penuh tabah. Dijangkakan pada tahun 2015 ini akan lebih mencabar lagi berikutan ekonomi Malaysia yang tidak menentu.

Pihak pengurusan Homestay Mak Lang Jitra telah mengatur beberapa strategi untuk terus mengukuhkan lagi kedudukan dari segi perkhidmatan dan meningkatkan jumlah tempahan bilik.

Antara perkara yang bakal diambil ialah menyediakan penyaman udara untuk bilik utama. Ini bakal menambahkan keselesaan kepada penginap.

Homestay Mak Lang Jitra juga dalam proses untuk menjalinkan kerjasama dengan sebuah hotel di Langkawi bernama Eleven Inn. Ini adalah usaha untuk menarik pengunjung-pengunjung yang hendak ke Langkawi untuk menginap di Homestay Mak Lang sebelum meneruskan perjalanan ke Langkawi. Homestay Mak Lang Jitra akan menguruskan tempahan mereka di Eleven Inn Langkawi termasuk kenderaan sewa pada harga yang berpatutan. Ini adalah usaha untuk menambah nilai kepada aktiviti percutian kepada pelanggan kami.

Untuk pengetahuan, Eleven Inn Langkawi terletak di Kg Bendang Baru, Jalan Penarak, Kuah, Langkawi. Lokasinya cukup strategik terletak diantara Jeti dan Pekan Kuah. Ia adalah hotel 3 bintang diuruskan secara persendirian dan mengandungi 14 bilik pelbagai jenis pada harga yang sangat berpatutan.

Pengunjung boleh melayari Eleven In di sini